Umat Islam di negara sudah lama sudah lama mengamalkan Islam berasaskan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga ia menjadi begitu bewibawa.
Natijahnya,ia menyeragamkan pegangan akidah,akhlak dan amalan umat Islam,malah turut menyumbang kepada kestabilan dan perpaduan.Namunn,sejak akhir akhir ini faham Syiah mula menular ke negara ini sehingga terdapat segenlintir umat Islam terpengaruh serta berpegang pada ajarannya.
Sebab itu,ada keperluanbagi pihak kerajaan dan badan kuasa Islam untuk menyampaikan lebih banyak maklumat dan penerangan bagi meningkatkan fahaman dan bukti mengenai fahaman itu.
Undang2 di Malaysia tidak membenarkann umat Islam mengikuti fahaman lain bagi memelihara kesatuan ummah serta memastikan mereka berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.
Umat islam di negara ini hendaklah mengikuti ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah dari segi akidah syariah dan akhlak.
Sebarang penerbitan,penyiaran dan penyebaran buku,risalah filem,video dan lain berhubungan ajaran yang bertentanagan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diharamkan.
Fahaman syiah membawa banyak kekeliruan terhadap umat islam seperti menghalalkan nikah muta'ah,mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW,menambah nama Saidina Ali dalam syahadah,menolak ijmak ulama,menyanjungai Saidina Ali secara berlebih-lebihan serta menghina isteri Rasullulah SAW.
Jelas,ia bukan saja memberi kesan kepada syariah malah berkaitan soal akidah seorang muslim.
Syiah terkenal di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai ajaran yang menyimpang kepada Islam dan berdusta atas nama Rasullulah untuk menyebarkan ajaran mereka.
Syiah diasaskan Abdullah Saba' iaitu seorang Yahudi dari san'a,Yaman.Dia datang kemadinah pada zaman saidina Uthman dengan berpura-pura memeluk Islam(munafik) menyebarkan dakwah bahawa Ali adalah peganti Rasullulah.
Sementara khalifah sebelumnya merampas kuasa daripa Ali dan Ahlul Bait.Syiah membuat fahaman akidah yang menyimpang daripada agama seperti berikhtikat sahabat nabi semuanya murtad selepas kewafatan baginda kecualai beberapa orang saja seperti Ali,Miqdad Aswad ,Abu dzar al Ghifari dan Salman al Farisi.
Bahkan Abu Bakar ,Umar dan Uthman sebagai khalifah Islam turut di kafirkan ulama mereka.Mereka juga mengatakan Aisyah isteri Rasullulah berzina.Itulah yang diajarkan syiah kepada pengikutnya.
Ulama syiah menghalalkan perkara yang jelas haram seperti meliwat isteri dan mereka turut berfirman tiada kefarduan dalam melaksanakansolat jamaah.
antara lain,mereka mendakwa al-Quran yang ada pada kita hari ini palsu dan diselewengkan sementara al-Quran yang benar atau 'Mushah Fatimah',kandungannya tiga kali al-Quran hari ini.
Pembohongan dan kepalsuan dalam kitab rujukkan Syiah perlu dibongkar.Disamping itu,kita perlu bentangkan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dikalangan imam empat mazhab yang sepakat mengatakan SYiah bukan daripada Islam.
Dua perkara yang menjadikan kelaziman ilama Syiah dan penganutnya adalah Taqiyah (hipokrit) dan mut'ah.
Taqiyah bermaksud ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan untuk menghindari bahaya yang mengamcam jiwa,harta untuk menjaga kehormatan anda.Mesejnya mudah,apabila berhadapan dengan ahli sunnah maka berpura-pura berakidah dengan ahli sunnah supaya dapa berbaik-baik dengannya.Apabila mendapat peluangan mereka menyebarkan ajaran syiah.Seperti kata alm Kulaini dalam kitabnya "jagalah agama kalian (syiah),tutipilah dengan taqiyah,tidak dianggap beriman seseorang sebelum bertaqiyah.
Mut'ah adalah pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari,bulan,tahun atau beberapa jam saja tanpa saksi,wali dan nafkah.
Pernikahan itu di sisi Islam adalah haram dan berdosa besar,tetapi di sisi Syiah ia pernikahan yang mulia serta anak yang lahir dari mut'ah adalah anak yang paling mulia malah tidak membataskan beberapa bilangan wanita yang hendak mut'ah walaupun dengan isteri seseorang.
Syiah terkenal dengan amalan ritual merayakan hari Asyura pada 10 Muharam bagi mengingati hari kematian cucu Rasullulah ,Saidina Husin.Pada hari itu,mereka akan mencederakan diri dengan menumbukdada,menampar pipi dan memukul belakang badan hingga bedarah sebagai lambang ketaatan.
kita sedia maklum,mencederakan diri atau meratap adalah amalan yang dilarang Allah dan Rasul.Mereka juga merayakan 9 Rabiul Awal sebagai mengingati kematian Saidina Umar.Pada hari itu juga mereka bergembira dengan nyanyian dan tarian bagi mengingati hari terbunuhnya Saidina Umar yang ditikam seorang majusi bernama Abu Lu'luah dengan menyebut laknat si Umar.
harap artikel ini dapat menguatkan lagi diri dan akidah kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dari fahaman yang dibawa golongan Syiah dan berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah
.jpg)